right_side

blog siapa-siapa

Dari Mana?

Twitter

    follow me on Twitter

    About Me

    My Photo
    Z I K R Y
    Nama Melayu aku Zikri. Nama Arab aku Ubaid. Nama penuh aku UbaidulLah Zikri.
    View my complete profile

    Recent Comments

    Hit Counter

    Followers

    flagcounter

    free counters
    In:

    Praktikal Tazkiah

    Sebagaimana yang diketahui ataupun tidak diketahui, semua pelajar J.Iman dikehendaki melakukan Tatbiq Amali ketika cuti tahunan selama 3 bulan. Atas dasar itu, saya telah memohon untuk mengajar di sebuah sekolah rendah swasta yang enggan dikenali. Tidak cukup dengan itu, sempena kesudian satu jemaah dari Qinah, Mesir untuk 'khuruj' di Terengganu, saya turut sama mendepakan tangan bersedia menjadi Juru Alih Bahasa bagi mereka berlima.


    Mereka berempat yang tiba dari Mesir dua minggu lepas ditambah pula dengan seorang dari Tunisia baru-baru ini. Saya yang bersama mereka dalam masa tersebut telah berkhidmat menterjemahkan ceramah dan nasihat mereka sepenuhnya. Hanya atas maksud dakwah dan mengajak manusia kepada Allah, jemaah itu menghabiskan masa dua bulan di negara Bangladesh dan dua bulan lagi di negara kita.

    Alhamdulillah, dengan izin dariNya, 'tatbiq' tersebut selesai.

    *Untuk student Iman : Korang punya tatbiq camne?

    In:

    Sorry lama tidak update.

    "Sori sori naik lori ar.". Sudah hampir tiga bulan saya di Malaysia. Alhamdulillah, dapat lepaskan rindu pada kampung halaman. Perubahan juga tak banyak berlaku di Malaysia. Masa cuti kali ni memang padat dengan aktiviti-aktiviti sihat yang menyibukkan.

    Sedar tak sedar, hari Ahad depan dah nak balik ke Yaman. Perasaan ketika ini bercampur-baur. Rasa sedih sebab belum puas di tanah air, gembira sebab nak jumpa kawan-kawan kat Sanaa dan takut juga untuk balik bersendirian kali ini. Jadi penerbangan saya adalah pada 28 November ini. Singgah di Bahrain selama satu hari. Kali pertama bersafar seorang diri. Insya-Allah selamat.

    Ramai pelajar pulang awal ke Sanaa. Persiapan untuk Ikhtibar ulangan. Waktu baru tiba di tanah air, semua benda terasa serba tidak kena. Cuaca rasa terlalu panas, udara terlalu lembap dan berbagai lagi disebabkan perubahan suasana yang mengejut. Sebab itu ramai budak 'oversea' memandang remeh kepada negaranya sendiri bila balik dari negara asing. Kadang-kadang kita pun rasa begitu juga, tapi ingat balik bahawa ini adalah tempat kelahiran kita yang telah banyak mengajar erti kehidupan.

    Manusia itu bagaikan kacang. Ada ketika dia mengenal dirinya. Tapi kadang-kadang dia lupa siapa dirinya seperti si kacang yang pergi tanpa menghiraukan si kulit. Sedangkan kulit itu mengasuh dan membelainya sejak ia lahir. Oleh itu, ingatlah bahawa sejauh mana pun kita pergi, setinggi mana pun kita berilmu, ingat asal kita. Ingat agama kita. Sekian.

    In: ,

    Rumah Baru


    Baru-baru ni saya telah berpindah ke rumah Nur Rahman kat depan Iman. Nak tahu lebih lanjut ttg rumah tu boleh masuk dia punya blog (AshaabulKami.blogspot.com). Rumah ni terletak di Syari3 Thalathin ataupun diterjemahkan sebagai Jalan Tiga Puluh, di hadapan Universiti Al-Iman. Ahli rumah sekarang ini adalah seramai 16 orang. Keluasan rumah agak memuaskan. Terdapat 5 bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu yang luas.

    Sebelum ini saya menetap di kediaman pelajar luar negara Universiti Sains di Jalan 60. Antara tujuan perpindahan rumah ialah supaya lebih mudah untuk ke Dewan Kuliah. Makan minum juga lebih terurus. Kebanyakan ahli rumah adalah pelajar di Fakulti Bahasa Arab U. Iman. Diharap semuanya berjalan lancar.

    Gambar sebelah ni masa pergi daki Bukit Syamlan kat belakang rumah. Takde kerja. Pemandangan dari atas tu memang cun..

    Bulan Puasa..

    Ramadhan dah dekat. Sekejap je rasa. Macam baru minggu lepas kita puasa, dah nak puasa lagi. Sebak pulak terasa. Kita semakin tua. Dengan begitu pantas.

    Allah swt berfirman,"Dan bertaubatlah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya,". Seolah-olah taubat itu kunci kejayaan. Dan sememangnya begitu.

    Bila seorang anak Adam berbuat dosa, dititikkan satu titik hitam pada hatinya. Begitulah juga halnya pada pembuat amalan baik, satu titik putih akan tumbuh pada hatinya. Sehinggalah akan jadi dua jenis hati, hati hitam legam dan hati putih suci yang menerima kebaikan dan menapis keburukan yang masuk ke dalamnya.

    Orang yang hitam hatinya bila masuk bulan Ramadhan, tak ada faedah. Jadi, baik kita sama-sama bersihkan batin kita untuk menyambut bulan yang mulia, Ramadhan yang diberkati.

    Rukun taubat ada tiga. Meninggalkan kesalahan yang dilakukan, menyesal dengan apa yang telah dibuat, berazam untuk tidak mengulanginya.

    Para ulamak rah.alaihim telah menambah rukun taubat yang keempat iaitu jikalau dosa kita sesama manusia maka hendaklah dipulangkan hak mereka yang kita ambil dan pohonlah secubit kemaafan..

    Sekian.

    p/s : aku minta maaf pada sesiapa yang marah, ada terasa, bengang atau apa saja terhadap diri yang kekurangan ini. 0 - 0.

    Layan lagu Raihan dan Man Bai - Harapan Ramadhan

    In: ,

    Title apa?

    Assalamualaikum semua, lamanya tak kemaskini blog. Badan tak berapa sihat, rasanya terkena keracunan makanan sebab banyak muntah, rasa tak bermaya dll. Lepas tu,minggu ni sebenarnya adalah minggu final exam. Oleh sebab itulah, tak dapat nak selalu online. Posting ni pun, sebab cuti 2 hari sebelum ikhtibar hadith yang susah tu. 


    Semalam,masa baca Sohih Musleem, aku terbacalah satu hadith yang hebat ni, menceritakan perihal 
    Nabi Isa yang akan turun di akhir zaman. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadith sohih yang Nabi Isa akan menghancurkan salib pastu tak terima jizyah dari orang kafir (sama ada masuk islam atau di bunuh) dan yang paling best Nabi Isa al-Masih akan membunuh semua babi di dunia ini. 

    Cuba korang bayangkan kalau diumumkan hari ini bahawa babi-babi di seluruh pelusuk dunia mesti dibunuh dan dipupuskan. Mesti H1N1 dapat diatasi. Aku sedih, runsing dan cuak masa terbaca Berita Harian Online semalam. Malaysia sudah 14 kematian dicatatkan. Banyak tu. Siap ada orang ramalkan Malaysia akan cecah berpuluh-puluh ribu lagi kematian. Macam cerita The Happening la pulak. 


    Dekat Yaman anda tahu tak berapa yang dijangkiti?
    Pada satu malam tu, aku dengan Faeez Abdullah naik teksi Marhaba menuju ke Mazbah. Ada berita kat radio. Ada la bunyi2 "Influenzal-Khanazir"(Selsema Khinzir ;D). 

    Aku : Bahaya betul wabak ni kan,bang?
    Driver : Memang la, bahaya.
    Aku : Abang tau kat Malaysia dah tiga orang mati pasal H1N1..(masa tu)
    Driver : Iye? dekat Yaman ni baru tujuh mangsa..
    Aku : Tujuh kematian ke?
    Driver : Tak. Baru tujuh orang positif H1N1.
    Aku : Oh...........

    Sekian. Pakailah Mask. Ingat orang yang tersayang.

    In:

    Akhirnya Sempurna

    786. Abd Aziz sudah book tiket kami balik Malaysia. GULF AIR. Kapal terbang Bahrain. Tarikhnya 30-8-09. Sampai KLIA pagi 31-8. Merdeka bai!. Gile "nganying". Saat-saat yang mendebarkan menanti aku di hari-hari mendatang. Balik Yaman semula lepas Raya Haji. Muharram, Iman bukak.

    Nak kena amik Ikhtibar Takmili. Banyak madah
    failed. Malu arr. Btw, korang doa la banyak-banyak supaya takde tragedi. Lautan Hindi sekarang banyak dah jadi mangsanya. Kena semayang safar dulu, baca doa dan ayat banyak2. InsyaAllah selamat. Raya tahun nie menyaksikan kepulangan ramai teruna-teruna Melayu dari Yaman tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

    Hari Merdeka Aku Merdeka. Amat suka. Balik nanti nak selesaikan lesen motor. Baru 'L'. Lepas tu amik kereta pulak. Hhuhu. Malaysia musti panas sekarang. Tak apa lah. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tanah air tetap lagi best. Dharuri Al-Bilad!!Hahahaa..

    In:

    Sape lagi mau naik Yemenia?

    GAMBAR yang diedarkan oleh Industri Airbus, pesawat Airbus A310, jenis sama yang terhempas di Lautan India, hari ini. Kapal terbang Yemenia Air berlepas dari Semenanjung Yaman, Arab untuk ke pulau negara Comoros terhempas awal pagi ini, jurucakap pegawai lapangan terbang Yaman berkata. Berita awal menyebut lebih 100 penumpangnya dipercayai maut. Gambar bawah, saudara-mara dan rakan penumpang penerbangan Airbus A310-300 yang terhempas dari Yaman, kelihatan sedih setiba di Lapangan Terbang, Charles de Gaulle, Paris. - Foto AFP/Reuters


    Nahas Airbus: Penyelamat mula temui mayat

    Pegawai syarikat penerbangan Yemenia Air melaporkan penyelamat mula menemui beberapa mayat mangsa pesawat Airbus A310-300 miliknya yang terhempas di Lautan Hindi, awal hari ini.

    Ketika kejadian, pesawat milik syarikat penerbangan nasional Yaman itu membawa 153 penumpang, termasuk 66 warga Perancis.

    Nahas dipercayai berlaku ketika pesawat melintasi laluan cuaca buruk dari Yaman ke Kepulauan Comoros.


    Timbalan Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Yaman, Muhammed Abdul Rahman Abdul Qader berkata, beberapa mayat mangsa nahas ditemui dari bangkai pesawat.


    Bagaimanapun, pihak berkuasa Yaman tidak dapat mengesahkan ada mangsa yang terselamat.

    Pihak berkuasa lapangan terbang Paris berkata, ketika kejadian 66 warga Perancis berada dalama pesawat berkenaan.

    Dua pesawat tentera dan kapal Perancis menyertai operasi mencari dan menyelamat di Lautan Hindi antara pulau Mayotte dan Reunion.

    Pihak berkuasa Yaman pula berkata, ada 142 penumpang dalam pesawat, termasuk tiga bayi dan 11 krew.

    Ketika kejadian pesawat dalam pernerbangan dari Sanaa ke Moroni, ibu negara Comoros. - Agensi

    -Berita Harian